Sabagai rakyat yang taat setia warga SMK Bahau telah menganjurkan Sambutan Kemerdekaan ke 51. Sambutan telah diadakan pada 29 Ogos 2008. Semua sekolah menengah daerah Jempol telah dijemput untuk bersama dalam sambutan tersebut. Sambutan dimulakan pada pukul 9.00 pagi dengan bacaan perutusan Yang Dipertuan Agung, Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Kemudian diadakan upacara menanam pokok oleh wakil-wakil sekolah. Selepas itu perarakan diadakan diiringi paluan kompang dan gendang India.
No comments:
Post a Comment